Cara lajukan loading handfon android anda

Tahukah anda handfon android anda boleh dilajukan jika anda boleh buat perkara-perkara dibawah.
Maklumat ini dipetik dari blog creightive.Semoga perkongsian ini manfaat...

Jom baca dibawah :


1. Buang apps yang tak dipakai




Screenshot by Dan Graziano/CNET
Memori dalaman (internal) android terhad, makin kurang.. makin perlahan la ia menjalankan sesatu. Kalau dah penuh ngan gambar, muzik atau apps, ada baiknya buang apps yang tak pakai dan pindah file keDropbox atau Google Drive.
Cara nak buang apps, pergi ke Settings, buka Apps dan pilih app yang nak dibuang, tekan Uninstall. Applikasi yang datang stendet dari kilag, pengeluar atau telco yang takbleh dibuang a.k.a bloatware, sekurang-kurangnya boleh dinyahaktifkan dan disorok dari app drawer.
Telefon pintar yang ada memory card (microSD) boleh pindahkan app ke microSD. Untuk memindahkan app, pergi ke Settings, buka Apps dan pilih app yang nak dipindahkan, dan pilih ‘Move to SD’.

2. Buang data sementara (app caches)

Data sementara apps boleh menimbun dan menyemak di dalam telefon korang. Data sementara bagi tiap-tiap app boleh dibuang dari menu Apps, tapi banyak app free kat Google Play yang leh memudahkan dan tak perlu nak buat banyak-banyak kerja. Antaranya, App Cache Cleaner dan Clean Master. Download je dari Google Play.

3. Hadkan widgets dan live wallpaper



Ramai yang akan argue kata widgetsla antara kelebihan guna Android ni. Ia dapat tolong kita jengah info tanpa perlu nak bukak apps. Pada masa yang sama widgetsjugak yang makan bateri dan buat telefon jadi slow.
Buang widgets terutamanya yang kuat guna data macam Facebook, akan buat smartphone anda lebih lancar dan tahan lama baterinya. Cara nak buang, tekan widget lama-lama, tarik pegi masuk bakul sampah yang kuar kat skrin.
Screenshot by Dan Graziano/CNET

Satu lagi menda best kat Android, adalah wallpaperbergerak-gerak (live wallpaper) Nampak memang besh, tapi mengabeskan bateri dan buat android jadi slow. Nak melajukan android, buang wallpaper idup tu dan gantikan ngan yang statik. Caranya tekan lelama kat home screendan pilih menu yang sepatutnya.


4. Matikan animasi

Ada settings tersorok yang mungkin korang tak tau. Pergi ke Settings, About Phone, turun bawah sampai jumpa Build number, pastu tap tujoh(7) kali. Ya, TUJOH kali… gelak la gelak… picit je, jangan banyak bunyik. Sekarang ada akses ke Developer Options. Bahagian ni banyak settings lain tapi kalau tak reti, buat je cara tak reti. Jangan gatal tangan nak usik pape. Meletop plak nanti.
Satu tweak yang bleh melajukan Android adalah dengan matikan animasi. Caranya adalah dengan pergi keSettings, Developer options, turun ke Drawing option. Seterusnya, matikan Window animation scaleTransition animation scale, and Animator duration scale. Ini kana mematikan animasi bila buka, tutup dan bertukar antara app. Walaupun nanti kelihatan agak keras sket, kurang-kurangnya takde la lembab amat dan menambah kelajuan.



Screenshot by Dan Graziano/CNET

5. Dapatkan software update

Pengeluar, telco selalu keluarkan software terbaru untuk telefon dan tablet diorang. Ada baiknya dapatkan software paling baru supaya telefon sentiasa dikemaskini dan lebih stabil keseluruhannya. Cara nak tau kalau ada software terbaru, pergi ke  Settings, pilih About Phone, dan kemudian tekan “System updates”.
Jika anda menggunakan telefon Samsung, anda boleh menggunakan KIES.
Baca cara-cara menggunakan KIES di sini:

6. Root, ROM dan banyak lagi

Sesiapa yang agak berani dan advanced sket bolehlah root telefon untuk membolehkan bermacam-macam lagi tweak, lajukan processor, sumbatkan custom ROM dan sebagainya.
Root akan menyebabkan telefon korang hilang warranty dan kalau tak kena cara, boleh rosak dan jadi sendal pintu. Tanggung sendiri
Baca cara untuk root android anda di sini:
Cara root Android dengan satu klik
Semoga ia bermanfaat..
Kredit dan sumber - http://www.creightive.net

No comments: